Author: Ummu Sofea on
Friday, March 19, 2010
Assalamualaikum
Terima kasih pada Kak Zunika atas kiriman emel yang bernilai ini. Saya terasa sangat bertanggungjawab untuk dikongsikan bersama semua pengunjung teratak saya ini.
PERINGATAN DARI PDRM
Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).
4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).
6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).
7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
mereka, mereka akan menundukkan kepala).
9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.
10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.
12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.
14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).
17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.
18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
masih mempunyai kunci pendua.
21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
Category: |
Author: Ummu Sofea on
Thursday, March 18, 2010
Assalamualaikum
Sambungan seterusnya...
Akan diusahakan..
Category: |
Author: Ummu Sofea on
Wednesday, March 17, 2010
Assalamualaikum
hari ini aku kembali memahat kesabaran
pada dahan-dahan rezeki yang berceracakan
tumpulkah mata pahatan
atau tipiskah dahan
rezeki oh rezeki
di manakah rezeki
sudah usaha berkali-kali
mungkin tidak cukup harus ulangi
teruskan memaku
aku perlu mengasah pahat doaku
agar dahan rezeki ampuh terpaku
Category: |
Author: Ummu Sofea on
Tuesday, March 16, 2010
Assalamualaikum
Tiba-tiba hati saya teringat pada "ayah". Ingatan dan wajah ayah silih berganti muncul di layar kornea saya. Entah kenapa, hati saya jadi sayu mengenangkan ayah.
Ayah saya anak jati Kedah, bernama Abdul Razak bin Shafee. jarang sangat saya bercerita tentang ayah saya. Saya mengenali ayah sehingga berusia hampir 18 tahun. Kemudian, ayah dijemput Ilahi ke pangkuanNYA.
Saya tidak tinggal dengan ayah tetapi sebulan sekali ayah mesti jenguk saya walaupun ayah sudah mempunyai pengganti mak. Kalaupun ayah tidak dapat datang pasti ada surat ayah sebagai pengganti ayah.
Dulu saya tidak terasa sangat akan kehilangan ayah, mungkin sebab kami tidak rapat. Tapi, setelah ayah tiada, barulah saya sangat sangat terasa kehilangannya. Selalu teringatkan ayah. Sedihnya anak saya tidak sempat mengenali tokwan dia.
Ayah seorang yang pembersih. Tegas? Mungkin ia tapi dengan saya ayah adalah seorang yang penyayang. Saya pasti akan duduk di atas riba ayah bila ayah datang berkunjung kerumah tok saya.
Lama saya tidak berkunjung ke pusara ayah di Grik, Perak. Hanya doa saya kirimkan. Tiada foto untuk saya lampirkan. Tiada dalam simpanan saya.
Al-Fatihah
Category: |
Author: Ummu Sofea on
aku senyum nakal
teringat cerita-cerita dulu
cerita aku dan dia
sehingga lahirnya dia
dia yang aku sayang
dan akan aku sayang hingga akhir nyawa ini
dia yang aku cinta
dan akan aku cinta hingga akhir hayat ini
dia pemilik cintaku
jangan ditanya lagi siapa dia
sebab dalam hatiku ini hanya ada nama dia saja
sumpah... sungguh..
aku sangat dan sangat kasih pada dia
sebab apa?
sebab dia MR Right aku
jangan lupa atau buat-buat lupa
aku dengan dia sudah sah
antara aku dan dia sudah nyata halal
halal sehalalnya
dialah buah hatiku
jantung jiwaku
payung hormatku
pendek kata, dialah syurgaku
panjang kata, dialah suamiku
Category: |
Author: Ummu Sofea on
Thursday, March 11, 2010

Ya Allah,
HambaMu ini memohon secebis rahmat
Murahkanlah rezeki hambaMu ini
Semoga setiap pekerjaan hambaMu ini
Mendapat keberkatanMu
Ya Allah
Permudahkanlah setiap urusan HambaMu ini
~Amin~
Category: |
Author: Ummu Sofea on
Wednesday, March 10, 2010
Assalamualaikum
Minggu lepas, hari sabtu, baba yang baik hati telah sudi menunaikan hasrat ibu untuk ke Puchong. Ibu dapat tau ada wholesale barangan
"My Dear" kat sana. Pagi-pagi ibu dan sofea bersiap-siap untuk ke sana.
wah, semangat waja...:PDengan sedikit kegigihan, akhirnya kami berjaya mendapatkan keperluan sofea kat sini dengan harga yang amat berpatutan.
Wah, anak ibu ni. Belum besday, sudah dapat hadiah. Nak tahu apa yang sofea dapat? Ini dia...

RM 90.00
(Harga asal : RM 119.90)
Buggy ni memang dah lama ibu berniat nak beli untuk anak ibu yang comel tu.
Alhamdulillah, dapat juga 1. Warna pink lagi.Ibu ni, asyik2 pink saja
Ada lagi..
...
..

RM 40.00
(Harga asal : RM 99.90)
High chair ni memang ibu nak beli sebab nak bagi anak ibu senang makan.
Kalau tidak jenuh la ibu ligan anak ibu semata-mata sesuap nasi.
Keep slim ibu, ceewahhAda lagi satu, hadiah dari baba sebenarnya..
Tapi, gambar tak ada pula nak letak.
...
..

RM 50.00
(Harga asal : RM 299.90)
Yang ini memang murah sebab barang 2nd. Cuma barang display, tak diguna pun lagi. Jadi, lebih kurang macam barang baru la jugak.
Lebih kurang macam ni lah jugak, cuma warna biru saja, warna merah tu tak ada.
Kecik2 dah dapat motor anak ibu ni :PErm, keseluruhannya ibu amat berpuas hati.
Hajat ibu tertunai.:)
Terima kasih baba yang baik hati.
Kalau ada yang nak pergi ke wholesale My Dear, masih ada masa lagi...
Sale sampai 14 Mac 2010.
NO. 34, Jalan Meranti Jaya 10, Meranti Jaya Industrial Park, 47120 Puchong, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel : 6 03 8060 0093 Fax: 6 03 8060 0096
*My dear kena bayar komisen ni :P
Category: |
Author: Ummu Sofea on
Tuesday, March 09, 2010
Tahun ini bukan rezeki saya untuk menduduki Mtest KPLI Ambilan Jun 2010.
Ramai kawan-kawan yang ditakdirkan Allah berjaya dalam permohonan.
Saya memang sedih dan kecewa.
Tapi, saya kena yakin bahawa itu bukan rezeki saya.
*tengah memikir arah hidup saya selepas ini.
Category: |